Acat seekor Sugar Glider yang Tabah dan Kuat


Assalamualaikum peeps!!

Terima kasih buat Muhammad Khairul Anwar sebab izinkan Nad sharekan gambar Acat dan cerita Acat..

Maaf terlebih dahulu..Entry ini di keluarkan bukan untuk di jadikan bahan ketawa tetapi fikirlah sejenak, adakah anda bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang

Ok, Sugar Glider di atas ni namanya Acat dan dia ni salah seekor Sugar Glider yang kurang berupaya di mana dia tidak mempunyai kaki hadapan..

Pada mulanya beliau berat hati kerana takut akan jadi bahan gelakan orang. Tapi setelah Nad terangkan kepada Khairul akhirnya dia memberi kebenaran.

Apa yang buat Nad sedih bila Khairul menceritakan keadaan Acat yang sangat tabah dan kuat menjalani kehidupan dia sekarang. Acat ni sebenarnya kepunyaan kawan baik Khairul. Bila kawan dia terpaksa travel jauh. Khairul yang menjaga Acat ni..

Acat ni datangnya dari Pets Shop dan di jual dengan harga RM50 je. Walaupon Acat tidak mempunyai ibu bapa dan masih under age masa di ambil tu, Acat tabah untuk teruskan hidup.

Nad tak dapat menahan kesedihan bila tak dapat tengok Acat menjalankan kehidupan seperti Sugar Glider lain kerana Khairul cakap Sleeping Pouch diletakkan di bawah sebab Acat tak dapat nak panjat-panjat..

Mengikut penerangan Khairul :: Acat ni selalu mkn bersuap. Kalau makanan jenis cecair seperti slurp,hpw,or cdf dia boleh makan macam biasa cume kalau tengah-tengah malam time orang dah tidur dia nak makan buah, ayam atau telur..memang sedih gile sebab dia takde tangan nak pegang..saya pernah intai die sampai tertonggeng-tonggeng dalam bekas makanan sbb die nk makan bende tu..

Masa Ni dah bercucuran air mata Nad bila Nad dapat lihat Seekor haiwan tabah menghadapi kehidupannya. Sekiranya kita berada di tempat dia bagaimana la kan?

Semoga Acat terus kuat dan mampu bertahan, itulah realiti yang harus diterima oleh Acat...

Dia tak minta di lahirkan ke dunia mcm tu.. Khairul selalu perhatikan Acat, dia tenang dan macam tak merasa kesusahan serta kekurangan yg die alami..Acat ni nak masuk 6 bulan tapi badannya kecik mungkin di sebabkan kondisinya..

Semoga Acat terus kuat dan tabah..Mummy Nanad sayang Acat even tak pernah jumpa Acat..Khairul pon kena beri Acat semangat selalu..:)

Category ::
Sugar Glider

Blogshop Pilihan Entry Kali Ini :: Ladies Fashion

Di mana Nad beli Maxi special for dinner di Ladies Fashion dengan harga serendah RM30.

Photobucket

Jadi Blog/Blogshop pilihan entry dan dapatkan entry di Review dengan mood sticky post 48 Hours?
Click >>    SINI    << For More Details, Sementara Ruang Masih Di Buka..

♥ NANG IT if Like it ♥

10 Comments

Sayang Saya

Love